CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 11, 2013

Maafkan Aku !

Assalamualaikum .

Hari yang penuh kenikmatan . Aku bersyukur pada MU Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan . Sesungguhnya hanya aku sahaja sebagai hambaMu yg sering khilaf melakukan apa jua jenis kesilapan.


Jam 3.00 pagi .
Mataku masih belum lagi mengantuk . Hati ku resah memikirkan segala kekusutan yang bermain di minda . Aku terlanjur kata . Kata-kata yang bukan sahaja membawa masalah kepadaku , tetapi juga kepada rakanku. Benarlah kata orang , terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata badan binasa.Di saat aku mencoret luahan hati aku disini , air mata aku setitis demi setitis gugur mengalir . Haha , sudah agak lama mata ini tidak menangis . Mungkin kerana diriku ini yang terlalu hanyut dengan kegembiraan dunia . Nah , sekarang ini padahnya.


Kisahnya bermula di suatu ketika ...
Biasalah , pada setiap malam , aku pasti akan online twitter dan facebook ku . Pada malam itu , aku tidak ingat bagaimana ia bermula , namun apa yang pasti kami cuba membuka topik perbualan lain. Mungkin topik sebelumnya agak panas untuk dibincangkan secara umum . Lalu , aku cuba mengusik rakanku . Aku katakan aku suka sama buah hatinya. Berulang kali aku katakan di Twitter pada malam itu. Rakanku itu tidak putus-putus menasihati aku untuk memberhentikannya. Namun , aku makin kuat mengusik dia.

Malangnya aku lupa , di Twitter itu bukan hanya kami sahaja. Rakan-rakan buah hatinya juga ada. Mereka mula menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan kata-kata aku . Aku mulai resah lalu aku cuba menarik kembali kata-kataku itu. Namun , semuanya sudah terlambat. Tiba-tiba si dia sendiri menyatakan rasa tidak puas hatinya. Jika aku sahaja yang dimarahinya tidak mengapa , namun rakanku juga juga menanggungnya. Pada malam itu , aku merayu-rayu memohon kemaafan daripada si dia. Hati rakanku mulai remuk, hancur , luluh dek kerana tindakan bodohku ini. Sungguh aku tahu bertapa sayangnya dia kepada buah hatinya , namun aku menghancurkannya begitu sahaja. Ya Tuhanku , apa jenis kawan aku ini.

Call tidak diangkat, mesej tidak dibalas . Pada ketika itu, jiwa rakanku merana namun aku tidak berbuat apa-apa untuk menjernihkan situasi ini. Aku resah , gelisah . Rasa serba salah memburu hati ini .

Hari ini , aku ingatkan semuanya kembali seperti biasa. Namun , sangkaanku meleset. Mesejnya masih tidak berbalas, callnya tetap tak diangkat. Maka doa sebagai penghantarannya. Aku makin diburu rasa bersalah dek kata-kata rakanku ini. Aku sahabatmu sungguh aku meminta maaf atas kesilapanku.

Kepada si dia sekiranya kau membaca ,
Aku memohon maaf ats segala kesilapanku. Maafkanlah juga rakanku . Aku tidak sanggup melihat dia bersedih sebegini sekali. Dia sahabatku , kami satu kelas , mejanya hanya sebelah meja aku , kami 1 dorm , kami 1 jemaah . Banyak kenangan dikongsi bersama. Bila melihat dia sedih begini , maka apatah lagi aku . maafkan lah aku , percayalah kasihnya rakanku kepadamu sungguh dalam . AKu tahu , aku mengerti kerana dia sahabatku dan aku sangat mengenali dia. maafkan lah aku , aku tidak mahu menghancurkan kebahagiaan rakanku ini Maafkan lah aku ini . Sungguh aku ini insan yang hina,alpa . maafkanlah aku , dan terimalah kembali rakanku ini.

Celoteh Tuan Tanah . :,(

1 comment: