CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 15, 2013

Jadi COOL + POSITIF !

Assalamualaikum kepada para pembaca semua . :)
Moga hari ini , kita dikurniakan nikmat dan rahmat Allah SWT

Jadi , apa topik TuanTanah pada kali ini ? hmmm , hari ini TuanTanah tak mahu bercerita , hari ini TuanTanah nak jadi pakar motivasi . haaa ! Tak caya ? Ingat TuanTanah tak boleh ke ? TuanTanah serba boleh laah .

Okay-okay , so main topiknya hari ini , TuanTanah nak kongsi "10 Cara Happy Selalu"

Sebagai manusia , TuanTanah sedia maklum , masalah,dugaan,cabaran adalah lumrah dalam kehidupan. Sebagai manusia yang bijak , kita harus pandai menangani kehidupan kita. Oleh itu, untuk sentiasa happy adalah penting agar kita dapat meneruskan kehidupan kita dengan ceria.

So, inilah 10 tips untuk happy selalu.

1.Jadi MRS atau MR PHOTO
Apa yang dimaksudkan dengan menjadi MRS atau MR PHOTO ? Sebenarnya apa yang Tuan Tanah maksudkan ialah jadikanlah aktiviti mengambil gambar sebagai hobi anda. Rakam peristiwa atau gelagat orang-orang disekeliling anda yang lucu dan bermakna. Melihat kembali koleksi-koleksi itu pasti akan membuat anda tersenyum di kemudian hari.

2.Bangun Awal Pagi
Jika amalan bangun tidur lewat sudah menjadi kebiasaan , TuanTanah amat sarankan agar anda tinggalkan amalan itu. Bangun awal pagi amat berfaedah kerana anda pasti dapat melakukan aktiviti-aktiviti dengan lebih tenang dan teratur. Secara tidak langsung , mood anda pada hari itu pasti happy kerana semuanya berjalan lancar.

3.Susun atur Meja dengan Cantik
Setiap kali ada majlis istimewa, pasti anda akan menyusun atur meja anda dengan begitu cantik sekali . Apa kata jadikan ia sebagai suatu kebiasaan. Secara tidak langsung , suasana di rumah akan nampak begitu meriah sekali lantas membangkitkan rasa happy dan tenang dalam diri anda.

4.Cium Peluk Sayang
Setiap kali anda hendak ke sekolah,kuliah mahupun kerja , bersalamlah dengan ibubapa mahupun isteri anda. Peluk dan ciumlah pipi mereka sebelum anda bertolak. Ini akan menjadi semangat kepada anda untuk menghadapi hari yang baru. Sungguhpun anda tetap menghadapi masalah, anda masih punya keluarga yang sentiasa menyokong anda.

5.Sediakan Tisu
Luangkan masa anda menonton drama atau movie romantik,sedih atau cerita-cerita yang boleh membuat hati anda tergores. Biarkan air mata itu berlinangan sekiran memang anda ingin menangis. Percayalah , terdapat satu kepuasan yang anda akan rasai selepas itu dan anda akan menghadapi hari dengan lebih tenang dan gembira.

6.Berhibur di Rumah
Berhibur di luar sememangnya dibolehkan . Tapi apa kata bawa hiburan itu ke rumah anda. Lebih menjimatkan. Anda boleh saja berBBQ mahupun berkaraoke di rumah bersama rakan-rakan. Cara ini lebih berkesan untuk anda berasa gembira kerana anda berada di ruang anda sendiri.

7.Berkumpul dengan teman-teman lama
Ambilah peluang untuk anda mengadakan majlis reunion dengan rakan-rakan lama anda. Pergilah mengunjungi tempat-tempat yang biasa anda dan rakan-rakan anda kunjungi dahulu. Pasti banyak kenangan manis dan lucu menjadi bualan. Ini akan menimbulkan suasana gembira dalam diri anda.

8.Ikut kesukaan hati
Bagi TuanTanah , kegemaran kita adalah bersifat subjektif. Semua orang ada kegemaran tersendiri. Maka , mengapa perlu mengikut khendak orang lain ? Lakukanlah apa jua yang menggembirakan anda !

9.Jadi Orang Kaya Sehari
Untuk menggembirakan anda , apa kata kita berlagak menjadi orang kaya untuk sehari. Bukankah itu menggembirakan ? Tidak perlu membazir duit anda, cukuplah sekadar anda melepak dimana-mana lobi hotel bertaraf lima bintang , order segelas orange juice lalu mulakan lagak anda sebagai orang kaya. Asal happy .

10.Menyanyi
Jika anda suka menyanyi maka menyanyi lah walaupun suara anda tidak selunak mana. Tapi awas, perlu tepat pada tempatnya. Jangan risau kalau ada orang berkata yang anda gila menyanyi sorang-sorang tapi asalkan anda happy.

So , itu sajelah yang TuanTanah dapat kongsi bersama. Sekadar maklumat untuk suka-suka sahaja, terpulang kepada para pembaca untuk mempraktikkannya atau tidak. Sehingga bertemu di lain kali !

Assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment