CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 17, 2013

Cinta itu Fitrah Manusia

Assalamualaikum semua ? Sihat ? Kalo sihat , Alhamdulillah ! TuanTanah pun sihat jugak.

So , untuk post kali ini , apa pulak eh TuanTanah nak kongsikan ? hmm .

Selalu TuanTanah dengar , lelaki nih senang berubah hati. Lelaki nih , mulut memang manis , hati siapa tau . Lelaki nih kuat mainkan perasaan wanita. Selalu sangat TuanTanah dengar. Selalu gila .

Persoalannya , benarkah lelaki sebegitu ?

Sejujur-jujurnya , TuanTanah akui ada segolongan lelaki memang sebegitu. Tapi tak lah semua , namun nak cari yang jujur,setia tu mungkin susah lah. Betul kan ? Hahaha

Mungkin dalam perhubungan , seorang wanita itu lebih setia, lebih sayang dan segala-galanya lebih. Lelaki juga sebegitu sebenarnya. Tak percaya ? Itu sebab anda masih belum menemuinya. hahaha !

Lelaki , jika benar dia ikhlas , jika benar dia cinta , jika benar dia setia , jika benar dia sayang , maka akan jelas kelihatan sewaktu dia cuba memikat hati gadis pilihannya. Kesungguhannya berada di tahap begitu tinggi , walau di tolak , walau tidak diambil peduli , namun jelas , bila dia cintakan gadis itu , maka hatinya hanyalah pada gadis itu .

TuanTanah punya kisah sendiri.

Ada kawan TuanTanah pesan kat TuanTanah , Allah tak pernah halang rasa cinta dalam diri manusia . Rasa cinta itu fitrah bagi manusia , cuma seringkali manusia seringkali tersalah cara menzahirkannya. Hmm betulkan ?

TuanTanah akui , memang TuanTanah pernah bercouple sebelom nih . Ayat jiwang2 semua keluar , mulut manis bagai . Tapi jujur TuanTanah katakan , TuanTanah masih tidak lagi merasakan cinta itu sendiri . Wah , ayt power ! haha . Tapi sumpah , TuanTanah tak tipu. Sebelum-sebelum nih , TuanTanah sekadar ingin mencuba . Yelah , orang lain couple , kita pun gatal nak couple.

Sehinggalah suatu hari , TuanTanah terlihat gambar dia. :)
Manis sungguh wajah dia , pertama kali TuanTanah tengok gambar dia masa TuanTanah awal tahun form 5 . Masa tu , TuanTanah tengok , muka dia comel gila kat dia . Hmm .
Tapi biarlah .

Sehingga selepas spm , di twitter , TuanTanah ternampak lagi gamba dia. Sekadar gambar . Nama dia pun TuanTanah taktau . Tiba-tiba hati TuanTanah macam tak keruan. Betul , tak tipu . TuanTanah mula menyiasat siapa budak tu . Nama dia ,fb , twitter , dok kat mane , skolah mane and mcm2 lah.

Siasat punya siasat , Tuantanah dapat tahu yg dia nih jenis pemalu , low profile , fb pun dah deactivated , twitter tadak dan tak brape sgt layan laki . Amboi , susahlah mcm nih . Tapi itu yang buat TuanTanah suka kat dia . Tak salahkan ? Perasaan suka itu fitrah manusia .

Tapi kenapa TuanTanah suka kat dia ? Ntah la , dia tu lain drpd yg lain . Ada sesuatu yg istimewa membuatkan TuanTanah tertarik pada dia. Niat di hati TuanTanah , cukup untuk sekadar mengenali siapa dia , itu pun TuanTanah sudah cukup bersyukur. Biarlah TuanTanah pendam perasaan nih , berdoa pada Allah , dan kalo benar dia itu jodoh TuanTanah , satu hari nanti TuanTanah akan pinang dia . TuanTanah akan cari dia , dan jadikan dia yang halal bagi TuanTanah . Buat masa ni , biarlah sekadar bersentuh dengan hati , bertemu dalam doa. Hati TuanTanah dah tertutup dah untuk orang lain . TuanTanh lebih rela menunggu dia , walau dia tak menyedarinya.

TuanTanah yakin pada Allah . Allah Maha Pengasih . Jika benar dia tu jodoh TuanTanah , suatu hari nanti , TuanTanah akan cari dia , dan pinang dia. Tapi , kalau tidak , redha je lah . Hidup kene diteruskan , tapi sehingga belum tiba saat itu , TuanTanah akan menunggu dia. Penantian memang penyiksaan , sebab itu Syurga Allah manis .

haha ! sekian saja post jiwang karat nih , mesti korg menyampah kan ? haha .

Assalamualaikum !

Tuesday, January 15, 2013

Jadi COOL + POSITIF !

Assalamualaikum kepada para pembaca semua . :)
Moga hari ini , kita dikurniakan nikmat dan rahmat Allah SWT

Jadi , apa topik TuanTanah pada kali ini ? hmmm , hari ini TuanTanah tak mahu bercerita , hari ini TuanTanah nak jadi pakar motivasi . haaa ! Tak caya ? Ingat TuanTanah tak boleh ke ? TuanTanah serba boleh laah .

Okay-okay , so main topiknya hari ini , TuanTanah nak kongsi "10 Cara Happy Selalu"

Sebagai manusia , TuanTanah sedia maklum , masalah,dugaan,cabaran adalah lumrah dalam kehidupan. Sebagai manusia yang bijak , kita harus pandai menangani kehidupan kita. Oleh itu, untuk sentiasa happy adalah penting agar kita dapat meneruskan kehidupan kita dengan ceria.

So, inilah 10 tips untuk happy selalu.

1.Jadi MRS atau MR PHOTO
Apa yang dimaksudkan dengan menjadi MRS atau MR PHOTO ? Sebenarnya apa yang Tuan Tanah maksudkan ialah jadikanlah aktiviti mengambil gambar sebagai hobi anda. Rakam peristiwa atau gelagat orang-orang disekeliling anda yang lucu dan bermakna. Melihat kembali koleksi-koleksi itu pasti akan membuat anda tersenyum di kemudian hari.

2.Bangun Awal Pagi
Jika amalan bangun tidur lewat sudah menjadi kebiasaan , TuanTanah amat sarankan agar anda tinggalkan amalan itu. Bangun awal pagi amat berfaedah kerana anda pasti dapat melakukan aktiviti-aktiviti dengan lebih tenang dan teratur. Secara tidak langsung , mood anda pada hari itu pasti happy kerana semuanya berjalan lancar.

3.Susun atur Meja dengan Cantik
Setiap kali ada majlis istimewa, pasti anda akan menyusun atur meja anda dengan begitu cantik sekali . Apa kata jadikan ia sebagai suatu kebiasaan. Secara tidak langsung , suasana di rumah akan nampak begitu meriah sekali lantas membangkitkan rasa happy dan tenang dalam diri anda.

4.Cium Peluk Sayang
Setiap kali anda hendak ke sekolah,kuliah mahupun kerja , bersalamlah dengan ibubapa mahupun isteri anda. Peluk dan ciumlah pipi mereka sebelum anda bertolak. Ini akan menjadi semangat kepada anda untuk menghadapi hari yang baru. Sungguhpun anda tetap menghadapi masalah, anda masih punya keluarga yang sentiasa menyokong anda.

5.Sediakan Tisu
Luangkan masa anda menonton drama atau movie romantik,sedih atau cerita-cerita yang boleh membuat hati anda tergores. Biarkan air mata itu berlinangan sekiran memang anda ingin menangis. Percayalah , terdapat satu kepuasan yang anda akan rasai selepas itu dan anda akan menghadapi hari dengan lebih tenang dan gembira.

6.Berhibur di Rumah
Berhibur di luar sememangnya dibolehkan . Tapi apa kata bawa hiburan itu ke rumah anda. Lebih menjimatkan. Anda boleh saja berBBQ mahupun berkaraoke di rumah bersama rakan-rakan. Cara ini lebih berkesan untuk anda berasa gembira kerana anda berada di ruang anda sendiri.

7.Berkumpul dengan teman-teman lama
Ambilah peluang untuk anda mengadakan majlis reunion dengan rakan-rakan lama anda. Pergilah mengunjungi tempat-tempat yang biasa anda dan rakan-rakan anda kunjungi dahulu. Pasti banyak kenangan manis dan lucu menjadi bualan. Ini akan menimbulkan suasana gembira dalam diri anda.

8.Ikut kesukaan hati
Bagi TuanTanah , kegemaran kita adalah bersifat subjektif. Semua orang ada kegemaran tersendiri. Maka , mengapa perlu mengikut khendak orang lain ? Lakukanlah apa jua yang menggembirakan anda !

9.Jadi Orang Kaya Sehari
Untuk menggembirakan anda , apa kata kita berlagak menjadi orang kaya untuk sehari. Bukankah itu menggembirakan ? Tidak perlu membazir duit anda, cukuplah sekadar anda melepak dimana-mana lobi hotel bertaraf lima bintang , order segelas orange juice lalu mulakan lagak anda sebagai orang kaya. Asal happy .

10.Menyanyi
Jika anda suka menyanyi maka menyanyi lah walaupun suara anda tidak selunak mana. Tapi awas, perlu tepat pada tempatnya. Jangan risau kalau ada orang berkata yang anda gila menyanyi sorang-sorang tapi asalkan anda happy.

So , itu sajelah yang TuanTanah dapat kongsi bersama. Sekadar maklumat untuk suka-suka sahaja, terpulang kepada para pembaca untuk mempraktikkannya atau tidak. Sehingga bertemu di lain kali !

Assalamualaikum .

Pengembaraan TuanTanah

Assalamualaikum kepada para pembaca semua . :)

Maka , tatkala TuanTanah menconteng blog ini , secara officialnya , bermulalah kerjaya TuanTanah sebagai penglipurlara terhormat di seluruh kerajaan TuanTanah. Oleh itu , diharapkan kepada semua , agar terus mengikuti kisah-kisah lagenda yang bakal TuanTanah kongsikan bersama.

Oleh yang demikian , pada hari ini , ingin TuanTanah kongsikan sebuah kisah pengembaraan TuanTanah di sebuah desa. TuanTanah namakan kisah ini "Adiknya Itu Comel"
Hmm , apa yang comelnya sangat nya adik nih ? Siapa punya adik ? Teruskan membaca :)

Kisahnya bermula begini ....
Dikira-kira jari TuanTanah maka genaplah tiga purnama TuanTanah mengembara. Berjalan,berlari,mendaki,merangkak malahan berenang sudah pun TuanTanah lakukan.Segala macam binatang buas , semuanya tewas disembelih dek TuanTanah.Maka tidak hairanlah , nama TuanTanah seringkali menjadi buah mulut penduduk-penduduk seluruh Nusantara.

Berjalanlah TuanTanah di sebatang jalan pada hari yang tersangat panasnya. Matahari seakan-akan dekat sekali di hati TuanTanah. Hausnya bukan kepalang , bagai tidak pernah merasai air 1000 tahun lamanya.Allah itu Maha Pengasih , maka Dia ketemukan TuanTanah dengan sebua desa petani bernama Desa Muka Manja. Aneh sekali namanya , namun siapakah TuanTanah untuk mempersoalkannya. Cuma seorang pengembara yang kacak lagi gagah mengembara mencari secebis pengalaman.:)

Singgalah TuanTanah di sebuah warung makan untuk berehat seketika.

"Wahai Tuan Kedai , apa minuman yang tuan hamba sediakan disini" tanya TuanTanah
"oh orang muda. Apa yang orang muda inginkan , InsyaAllah semuanya ada." jawan Tuan Kedai
"Maka ,berikan hamba segelas Teh O Ais Limau. Tekak hamba sangat memerlukannya"
"Baiklah orang muda. Sungguh Adiknya itu comel" ujar Tuan Kedai lalu beredar
"Adik? Gerangan adik siapakah yang comel?" namun pertanyaan TuanTanah tidak dijawab malahan dibalas dengan senyuman sahaja.

Biarlah , TuanTanah malas hendak ambil kisah. Tidak lama kemudian , Tuan Kedai pun menghidang air minuman yang dioder TuanTanah tadi. Perihal kelakuannya masih seperti tadi , tersenyum dan mengatakan 'Adiknya itu comel'. TuanTanah makin rasa gelisah , tidak lama berhajat disitu , setelah habis menikmati minuman lalu TuanTanah membayar dan beredar.

Berjalanlah TuanTanah menjelajah desa ini . Bertemu sesama penduduk untuk bertanya khabar. Jelas , penduduk desa ini sangat peramah. Murah dengan senyuman.Namun kesemuanya seringkali mengatakan "Adiknya itu comel'. Aneh begitu aneh. TuanTanah tidak pula membawa adik TuanTanah bersama, malahan TuanTanah merupakan anak tunggal dalamm keluarga TuanTanah. Ketemu TuanTanah dengan seorang gadis ayu bernama Mutiara.

"Mutiara , ayu sungguh wajahmu seperti Mawar yang mengembang" ujar TuanTanah
"Terima kasih TuanTanah. TuanTanah apa jua kurangnya. Kacak , gagah malahan adiknya itu juga comel" kata Mutiara
"Aneh , Mutiara pun seperti yang lain . Seringkali mengatakan adiknya itu comel. Adik mana? Adik siapa?" tanya TuanTanah
"Adik TuanTanah lah . Tak kan lah adik orang lain pula" jawab Mutiara
"Tapi TuanTanah anak tunggal. Tidak punya adik."
"Itu apa?" kata Mutiara sambil menunjuk ke arah seluarku.
"Hah ? patutlah !" jerit TuanTanah

Malunya bukan kepalang , rupa-rupanya 'adik' yang dimaksudkan adalah yang itu. Malu sungguh , boleh pulak TuanTanah lupa zip seluar TuanTanah. Terjulur keluar adiknya itu sungguh bangga.Patutlah berangin saja . Tidak lama disitu , terus TuanTanah berlari memecut mengalahkan Hussien Bolt sambil memakai guni dimuka .Malu bukan kepalang, malu tidak tahu nak menanggung.

Haha , maka demikianlah kisah pengembaraan TuanTanah kali ini . Punya banyak kisah lagi ingin dikongsi. Jika hendak tahu , teruskan membaca !

Assalamualaikum

Friday, January 11, 2013

Maafkan Aku !

Assalamualaikum .

Hari yang penuh kenikmatan . Aku bersyukur pada MU Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan . Sesungguhnya hanya aku sahaja sebagai hambaMu yg sering khilaf melakukan apa jua jenis kesilapan.


Jam 3.00 pagi .
Mataku masih belum lagi mengantuk . Hati ku resah memikirkan segala kekusutan yang bermain di minda . Aku terlanjur kata . Kata-kata yang bukan sahaja membawa masalah kepadaku , tetapi juga kepada rakanku. Benarlah kata orang , terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata badan binasa.Di saat aku mencoret luahan hati aku disini , air mata aku setitis demi setitis gugur mengalir . Haha , sudah agak lama mata ini tidak menangis . Mungkin kerana diriku ini yang terlalu hanyut dengan kegembiraan dunia . Nah , sekarang ini padahnya.


Kisahnya bermula di suatu ketika ...
Biasalah , pada setiap malam , aku pasti akan online twitter dan facebook ku . Pada malam itu , aku tidak ingat bagaimana ia bermula , namun apa yang pasti kami cuba membuka topik perbualan lain. Mungkin topik sebelumnya agak panas untuk dibincangkan secara umum . Lalu , aku cuba mengusik rakanku . Aku katakan aku suka sama buah hatinya. Berulang kali aku katakan di Twitter pada malam itu. Rakanku itu tidak putus-putus menasihati aku untuk memberhentikannya. Namun , aku makin kuat mengusik dia.

Malangnya aku lupa , di Twitter itu bukan hanya kami sahaja. Rakan-rakan buah hatinya juga ada. Mereka mula menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan kata-kata aku . Aku mulai resah lalu aku cuba menarik kembali kata-kataku itu. Namun , semuanya sudah terlambat. Tiba-tiba si dia sendiri menyatakan rasa tidak puas hatinya. Jika aku sahaja yang dimarahinya tidak mengapa , namun rakanku juga juga menanggungnya. Pada malam itu , aku merayu-rayu memohon kemaafan daripada si dia. Hati rakanku mulai remuk, hancur , luluh dek kerana tindakan bodohku ini. Sungguh aku tahu bertapa sayangnya dia kepada buah hatinya , namun aku menghancurkannya begitu sahaja. Ya Tuhanku , apa jenis kawan aku ini.

Call tidak diangkat, mesej tidak dibalas . Pada ketika itu, jiwa rakanku merana namun aku tidak berbuat apa-apa untuk menjernihkan situasi ini. Aku resah , gelisah . Rasa serba salah memburu hati ini .

Hari ini , aku ingatkan semuanya kembali seperti biasa. Namun , sangkaanku meleset. Mesejnya masih tidak berbalas, callnya tetap tak diangkat. Maka doa sebagai penghantarannya. Aku makin diburu rasa bersalah dek kata-kata rakanku ini. Aku sahabatmu sungguh aku meminta maaf atas kesilapanku.

Kepada si dia sekiranya kau membaca ,
Aku memohon maaf ats segala kesilapanku. Maafkanlah juga rakanku . Aku tidak sanggup melihat dia bersedih sebegini sekali. Dia sahabatku , kami satu kelas , mejanya hanya sebelah meja aku , kami 1 dorm , kami 1 jemaah . Banyak kenangan dikongsi bersama. Bila melihat dia sedih begini , maka apatah lagi aku . maafkan lah aku , percayalah kasihnya rakanku kepadamu sungguh dalam . AKu tahu , aku mengerti kerana dia sahabatku dan aku sangat mengenali dia. maafkan lah aku , aku tidak mahu menghancurkan kebahagiaan rakanku ini Maafkan lah aku ini . Sungguh aku ini insan yang hina,alpa . maafkanlah aku , dan terimalah kembali rakanku ini.

Celoteh Tuan Tanah . :,(